Tingkatan 1 :
Tema 1 : Bentuk Muka Bumi
Tema 2 : Cuaca & Iklim
Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi
Tema 1 : Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada :
* Tanah Tinggi
* Tanah Pamah
* Pinggir Laut
* SaliranTanah Tinggi
Malaysia diliputi oleh beberapa banjaran utama. Antaranya ialah Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tahan dan Banjaran Crocker. Sistem Gunung di Malaysia terdiri daripada sistem gunung lipat tua dan sistem gunung lipat muda. Sistem gunung di Semenanjung Malaysia merupakan sistem gunung lipat tua yang berasal dari Dataran Tinggi Shan manakala Sistem gunung di Sabah dan Sarawak merupakan sistem gunung lipat muda yang berasal dari Pusaran Pamir, di Banjaran Himalaya.
Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4101meter. Gunung Kinabalu terdapat di Banjaran Crocker.
Manakala Banjaran Gunung yang terpanjang di Malaysia ialah Banjaran Titiwangsa yang dikenali sebagai Banjaran Besar merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia. Gunung yang tertinggi di Banjaran ini ialah Gunung Korbu. Terdapat 3 kawasan peranginan utama di kawasan ini iaitu, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser.
Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan. Di sini terdapat Taman Negara yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna Hutan Hujan Tropika.
Banjaran Titiwangsa- Gunung Tertinggi - Gunung Korbu
Banjaran Crocker, Sabah
Banjaran Tahan
Gunung Kinabalu - Gunung Tertinggi di Asia Tenggara dan di Malaysia - 4104meter
PENGARUH BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
1) SG CHAO PHRAYA DI THAILAND
Sungai Chao Phraya merupakan nadi kepada Thailand. Sungai Chao Phraya berfungsi sebagai:
* jalan pengangkutan
* hidroelektrik
* sumber domestik
* pengairan sawah padi
* mengangkut kayu balak
Di sungai Chao Phraya juga terdapat PASAR APUNG yang menjual pelbagai barangan seperti buah-buahan. Kawasan ini juga dikenali sebagai VENICE TIMUR kerana terdapat banyak terusan atau dikenali sebagai KLONG.
Bangkok yang merupakan ibu negeri Thailand terletak di tebing Sg. Chao Phraya
Pasar apung di Sg Chao Phraya, Thailand |
Pasar apung di Sg Chao Phraya, Thailand |
Switzerland merupakan sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi bersalji dan bergunung gangan. Aktiviti utama penduduk di sini ialah pelancongan. Terdapat banyak bentuk muka bumi glasier(salji) yang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti meluncur salji.
Bentuk Muka Bumi Glasier |
Kelihatan Khemah Tupik (Gambar kiri) dan Pemandangan Menarik Puncak Piramid( Bentuk Muka Bumi Glasier) |
Tasik Tonle Sap merupakan tasik air tawar semulajadi terbesar di Asia Tenggara. Tasik Tonle Sap terletak di Kampucha merupakan nadi utama bagi penduduk di Kampuchea. Tasik ini membekalkan kira-kira 50% daripada bekalan ikan di Kampuchea. Terdapat juga penduduk yang tinggal di atas tasik ini.
Tasik Tonle Sap Kampuchea
Phnom Penh, ibu negeri Kampuchea terletak di pinggir Tasik Tonle Sap
Tasik Tonle Sap di Kampuchea |
4) Pertanian Berteres di Pulau Jawa
Pulau Jawa merupakan sebuah pulau yang padat dengan kira-kira 70 juta penduduk. Di Pulau Jawa pertanian padi dijalankan secara berteres di cerun-cerun bukit. Faktor utama adalah disebabkan:
* Tanih lereng bukit yang berasal daripada tanih lava bes yang subur
* Kurang kawasan tanah pamah kerana khas untuk petempatan penduduk
Kedudukan Pulau Jawa
Pertanian berteres di Pulau Jawa
Pertanian padi dijalankan di cerun-cerun berteres di Pulau Jawa
Tema 2 : Cuaca & Iklim
Multimedia Ekuinoks & Solstis
Jom Lihat 4 Musim
Musim Bunga
Musim Panas
Musim Luruh (autumn)
Musim Sejuk (Winter)
Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi
Terdapat 4 jenis hutan di Malaysia iaitu :
Hutan Hujan Tropika
Hutan Paya - Hutan Paya Bakau dan Hutan Paya Air Tawar
Hutan Gunung
Hutan Pantai
Hutan Hujan Tropika berakar banir
Hutan Hujan Tropika berbatang lurus, lantai hutan kurang padat kerana cahaya matahari kurang sampai ke lantai hutan akibat lapisan kanopi pokok |
PROFIL HUTAN
1 ) Profil Hutan Hujan Tropika
Rajah Profil Hutan Hujan Tropika ( Atlas Oxford Fajar Bakti) |
Lapisan Emergen
* Dikenali juga sebagai lapisan renjong
* Ketingian melebihi 40 meter ke atas
* Pokok yang lurus dan malar hijau
Lapisan Kanopi
*Lapisan berbentuk khemah seolah-olah kanopi
* Ketinggian antara 20 hingga 40 meter
* terdapat tumbuhan tumpang di sini iaitu :
Epifit - Langsuyar & Tanduk Rusa
Parasit - Rafflesia
Saprofit - Cendawan
Liana - tumbuhan memanjat seperti orkid dan pokok duit duit
Pokok Tanduk Rusa |
Pokok Langsuyar menumpang di atas Pokok Hutan Hujan Tropika |
Parasit - Rafflesia |
2 ) Profil Hutan Paya Bakau
Rajah Profil Hutan Paya Bakau (daripada Atlas Oxford Fajar Bakti
|
3 ) Profil Hutan Paya Air Tawar
Rajah Profil Hutan Paya Air Tawar ( Atlas Oxford Fajar Bakti)
|
Rajah Profil Hutan Paya Air Tawar ( Atlas Oxford Fajar Bakti) |
Rajah Profil Hutan Gunung ( Atlas Oxford Fajar Bakti) |
blog yang sangat bagus..
ReplyDelete