Tuesday 15 November 2011

Peperiksaan PMR 2011 - Geografi

Program Maraton PMR Geografi

Wednesday 25 May 2011

Info Geografi - Uniknya Ombak yang Menghempas Pantai

Ombak yang menghempas pantai dari segi geografinya akan membentuk bentuk muka bumi hakisan ombak dan pemendapan ombak.  Mari kita layan bentuk bentuk ombak yang unik ini.










Monday 23 May 2011

Info Geografi - Pelik Tetapi Benar

Pelik Tetapi Benar!...Inilah keajaiban kuasa Allah s.w.t.  Diambil dari blog karangkraf. Lukisan Tuhan. Bentuk muka bumi fizikal yang menakjubkan.

 Seolah-olah muka manusia
 Pokok bertubuh manusia
 Terbentuk akibat hakisan angin
Batu Berbentuk kepala ikan - kesan hakisan ombak
Batu berbentuk tapak kaki manusia
 Hakisan angin terhadap batuan
Batu berbentuk mulut buaya
 Seolah-olah gajah putih- namun bentuk muka bumi fizikal kesan hakisan ombak membentuk gerbang laut
 Satu lagi gerbang laut berbentuk kepala binatang
 Rumah api yang dibina di atas tebing tinggi...tebing tinggi berbentuk kepala burung helang kesan hakisan angin
Bukit berbentuk wajah manusia
Banjaran Gunung Berbentuk wajah manusia 
Batu berbentuk kepala binatang
 Banjaran Gunung seolah-olah orang tidur
Batu seperti Penyu
 Pulau Berbentuk Buaya
 Ais di kawasan Kutub berbentuk Itik
 Staglaktit di dalam gua
 Taufan
Batu berbentuk unta

Info Geografi - LUBUK BAHAYA - Pokok Gergasi, Landskap aneh, ekstrem, gas beracun

Dipetik daripada akhbar Berita Minggu - 22 Mei 2011 - Penulis Hazirah Che Sab

             Terdapat beberapa tempat di dunia ini kerap dilabel atau diumpamakan sebagai neraka dunia kerana pelbagai sebab dan pastinya bukan tempat pilihan untuk dikunjungi ketika bercuti.  Alasannya, selain membahayakan akibat faktor pelepasan gas beracun, kawasan ini juga dikaitkan dengan bahaya berikutan geografi serta rupa fizikalnya yang ekstrem dan cukup menggerunkan.  tidak ketinggalan, bentuk muka buminya yagn pelik dan aneh dengan batuan serta tumbu-tumbuhannya bersaiz gergasi dan tidak menepati aspek geografi fizikal pada masa kini.

           Namaskar Pass di Iceland, dikenali sebagai "Pintu Masuk Ke Neraka" mendapat gelaran itu kerana landskapnya yang aneh dan pelbagai.  Jauh bertentangan dengan negara tempat letaknya yang sepatutnya sejuk, Namaskar Pass, pula dipenuhi kawah gunung berapi yang mendidih, air pancut panas, kolam lumpur malah pembentukan lahar.

         Satu lagi Pintu ke Neraka terletak di pekan kecil DARVAS di Uzbeskistan.  kisah mengenai tempat itu sudah tersebar 35 tahun lalu apabila pakar geoglogi mula menggali untuk mencari gas.  Dalam proses itu emreka menemui gua bawah tanah yang cukup besar untuk memuatkan peralatan menggali.  Namun tiada siapa berani memasukinya kerana dipenuhi gas.

        Tidak kurang ngeri juga ialah Bisti Badlands, padang pasir tandus di New Mexico yang digambarkan seolah-olah memasuki pintu masuk ke satu dunia lain sebaik menjejakkan kaki ke situ.  Hampir 70 juta tahun dulu, kawasan ini ialah hutan hujan tetapi hari tempat itu kekal sebagai kawasan perkuburan kepada haiwan prasejarah iaitu dinosour.

        Satu lagi kawasan digelar 'neraka dunia' ialah Socotra.  Sebagai pulau terbesar daripada empat pulau di Lautan Hindi, Socotra terletak kira-kira 240 kilometer ke Timur Afrika Timur.  Kawasan ini merupakan pulau terpencil dan satu pertiga daripada tumbuhan di situ, termasuk pokok gergasi tidak akan ditemui di tempat lain.  Socotra digambarkan sebagai tempat paling pelik di bumi.

       Selain itu, Vale De Lua, Brazil dikenali sebagai Lembah Bulan di Taman Negara Chapadea de Veadeiros dan dikatakan sudah berusia 1.8 juta tahun.  Pembentukan batu yang dihakis oleh air Sungai San Miguel, adalah antara yang tertua dan paling aneh di dunia
        Selain itu, Mata Air Panas Mammoth di Yellowstone, Amerika Syarikat adalah mata air yang menyimpan karbonat yang paling besar.  Ciri mata air itu yang paling popular, Minerva Terrace, adalah hasil ribuan tahun air panas yang turut kaya hasil kalsium karbonat.

Sunday 22 May 2011

Info Geografi - Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat

Kejadian Tanah Runtuh dari segi GEOGRAFI - Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, Graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh.


Hari sabtu petang yang lalu iaitu pada 21 Mei 2011 telah berlaku satu kejadian tanah runtuh di Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Kejadian ini merupakan kejadian tanah runtuh akibat daripada struktur tanah yang lemah di bahagian cerun bukit.
Petikan daripada akhbar Mingguan Malaysia(22 Mei 2011)

Hulu Langat - Seramai 16 penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.  Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).
 Grafik dari akhbar Mingguan Malaysia

 Grafik dari akhbar Harian Metro
Grafik akhbar Berita Minggu

Info Geografi - Kejadian Gunung Berapi di Iceland

Iceland merupakan sebuah negara yang dikelilingi dengan aktiviti gunung berapi. Pada tahun 2010 gunung berapi di Iceland telah meletup sehingga membawa impak kepada negara-negara sekitar sehingga banyak lapangan terbang terpaksa ditutup ekoran debu daripada gunung berapi tersebut.

Info Geografi - Kejadian Tsunami


Jepun dilanda gempa bumi terburuk pada 11 mac yang lalu dalam tempoh 140 tahun Negara matahari terbit itu berukuran 8.9 magnitud di timur laut Jepun iaitu di bandar Sendai.  Kejadian ini kemudiannya mengundang satu lagi bencana cukup menakutkan iaitu tsunami setinggi 10 meter yang telah membandai bandar sendai.  Tidak cukup dengan itu, Jepun dilanda igauan buruk apabila berlaku kebocoran pada loji  nuklearnya di Fukushima dan berada pada tahap 5  mengikut skala antarabangsa.   Kejadian tahap 5 menurut  Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) diklasfifikasikan sebagai tahap pembebasan bahan radioaktif terhad dengan beberapa kematian akibat radiasi.  Manakala tahap yang paling teruk ialah tahap tujuh iaitu pembebasan radiasi yang memberi kesan kepada kesihatan dan alam sekitar seperti yang berlaku di Chernobyl suatu ketika dahulu.

Bagai jatuh ditimpa tangga, begitulah boleh diibaratkan keadaan di Jepun kini.  Ancaman radioaktif amat membahayakan penduduk di sana khususnya dan penduduk dunia amnya.






Jepun sebelum & selepas tsunami Mac 2011




Thursday 19 May 2011

Info Geografi - Aras Laut Semakin Meningkat

Petikan Rencana dalam akhbar Berita Harian pada 18 Mei 2011
Kajian tempatan dan antarabangsa mengesahkan air laut semakin meningkat akibat pemanasan global, sekali gus mencetuskan gesaan masyarakat antarabangsa supaya isu berkenaan diberi perhatian serius oleh semua negara.

Menurut Laporan Penilaian Perubahan Iklim Keempat oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang dikeluarkan pada 2007, ada bukti kukuh paras air laut dunia meningkat beransur-ansur dalam abad ke-20, dan dijangka semakin serius pada abad ini akibat dua punca utama, iaitu pengembangan air laut daripada faktor haba serta kecairan bungkah ais.

Kajian oleh Ketua Program Geoinformasi, Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr Khali Aziz Hamzah bersama Hamdan Omar, bertajuk ‘Vulnerability Assestment of Coastal Zones Using Geospatial Technologies’ yang diperoleh dari internet, turut memetik laporan IPCC 2001 yang menjangkakan peningkatan tambahan 48 sentimeter (sm) air laut, menjelang 2100, iaitu dua kali ganda kadar peningkatan untuk abad ke-20.

Menurut kajian itu, peningkatan paras air laut mengakibatkan masalah banjir dan hakisan, di mana kenaikan satu sentimeter boleh menghakis pantai kira-kira satu meter secara mendatar.

Kajian itu turut memetik sumber Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 2008 yang menyatakan 40 meter tanah di sebanyak 33 lokasi sepanjang pantai Malaysia hilang setiap tahun, yang berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk peningkatan air laut serta hakisan.

Khali Aziz ketika diminta mengulas mengenainya, berkata isu berkenaan harus diberi tumpuan serius semua agensi berkaitan bagi memastikan persediaan sewajarnya dari peringkat awal.

Hasil pelbagai kajian itu selari dengan penemuan pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), bahawabeberapa bandar di kawasan rendah di negara ini, terutama berhampiran pantai, mungkin ditenggelami air laut dalam tempoh sembilan tahun akan datang berikutan fenomena paras air laut meningkat, akibat pemanasan global.

Akhbar ini semalam melaporkan jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, antara kawasan berisiko tinggi ditenggelami pada 2020 ialah Batu Pahat, Melaka, Pulau Pinang, Miri, Klang, Selangor dan Pekan.

Penemuan pakar UTHM itu adalah berdasarkan hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak 2004 sehingga awal tahun ini yang menunjukkan paras air laut negara meningkat secara purata 10 sm setiap tahun.

Laporan Iklim Dunia, iaitu blog mengenai perubahan iklim mendedahkan pada 2007 purata peningkatan air laut global berlaku pada kadar 1.8 milimeter (mm) setahun antara 1961 hingga 2003. Bagaimanapun, kadar peningkatan itu bertambah pantas kepada 3.1 mm sepanjang 1993 hingga 2003.

Bagaimanapun, Khali berkata, kajian lanjut yang lebih terperinci penting dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mengesahkan kemungkinan berlaku ancaman berkenaan dengan mengambil kira pelbagai faktor secara kolektif.

Beliau berkata, persediaan awal amat penting bagi menangani kemungkinan itu berlaku kerana sebarang tindakan perlu mengambil kira langkah jangka panjang dan tidak boleh dilakukan pada saat akhir.










Jom Geografi Hari ini