Program Peningkatan Prestasi PMR

Terdapat beberapa program yang telah dirangka oleh pihak sekolah dan pihak panitia geografi untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek geografi PMR terutamanya untuk tahun 2011.  Antara program tersebut ialah :


1) Teknik Menjawab Geografi yang diadakan pada cuti semester bulan Mei/Jun
Teknik Menjawab PMR Geografi
Teknik Menjawab Geografi ini telah diberikan oleh Ketua Panitia iaitu Pn Wan Norliza Wan Samad.  dan Cik Norf'dazilah. Terdapat 3 kumpulan yang terlibat iaitu Kumpulan 1 di Pusat Sumber, Kumpulan 2 di Bilik Wawasan dan Kumpulan 3 di Bilik ERT.  Tujuan utama diadakan ceramah teknik menjawab ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang topik-topik penting dalam peperiksaan geografi PMR.  Sambutan pelajar amat menggalakkan. Pelajar berminat untuk mengikuti ceramah ini sehingga ke akhirnya.


Para pelajar yang hadir mendapat sebuah buku latih tubi geografi secara percuma. Syabas kepada pelajar PMR 2011 SMK Bandar Baru Sg. Long.  Anda semua hebat.








2) Ceramah teknik pengajaran berkesan mata pelajaran geografi untuk guru-guru geografi SMK Bandar Baru Sg Long (Guru  Pagi & Petang )