Terdapat beberapa tempat di dunia ini kerap dilabel atau diumpamakan sebagai neraka dunia kerana pelbagai sebab dan pastinya bukan tempat pilihan untuk dikunjungi ketika bercuti. Alasannya, selain membahayakan akibat faktor pelepasan gas beracun, kawasan ini juga dikaitkan dengan bahaya berikutan geografi serta rupa fizikalnya yang ekstrem dan cukup menggerunkan. tidak ketinggalan, bentuk muka buminya yagn pelik dan aneh dengan batuan serta tumbu-tumbuhannya bersaiz gergasi dan tidak menepati aspek geografi fizikal pada masa kini.
Namaskar Pass di Iceland, dikenali sebagai "Pintu Masuk Ke Neraka" mendapat gelaran itu kerana landskapnya yang aneh dan pelbagai. Jauh bertentangan dengan negara tempat letaknya yang sepatutnya sejuk, Namaskar Pass, pula dipenuhi kawah gunung berapi yang mendidih, air pancut panas, kolam lumpur malah pembentukan lahar.
Satu lagi Pintu ke Neraka terletak di pekan kecil DARVAS di Uzbeskistan. kisah mengenai tempat itu sudah tersebar 35 tahun lalu apabila pakar geoglogi mula menggali untuk mencari gas. Dalam proses itu emreka menemui gua bawah tanah yang cukup besar untuk memuatkan peralatan menggali. Namun tiada siapa berani memasukinya kerana dipenuhi gas.
Tidak kurang ngeri juga ialah Bisti Badlands, padang pasir tandus di New Mexico yang digambarkan seolah-olah memasuki pintu masuk ke satu dunia lain sebaik menjejakkan kaki ke situ. Hampir 70 juta tahun dulu, kawasan ini ialah hutan hujan tetapi hari tempat itu kekal sebagai kawasan perkuburan kepada haiwan prasejarah iaitu dinosour.
Satu lagi kawasan digelar 'neraka dunia' ialah Socotra. Sebagai pulau terbesar daripada empat pulau di Lautan Hindi, Socotra terletak kira-kira 240 kilometer ke Timur Afrika Timur. Kawasan ini merupakan pulau terpencil dan satu pertiga daripada tumbuhan di situ, termasuk pokok gergasi tidak akan ditemui di tempat lain. Socotra digambarkan sebagai tempat paling pelik di bumi.
Selain itu, Vale De Lua, Brazil dikenali sebagai Lembah Bulan di Taman Negara Chapadea de Veadeiros dan dikatakan sudah berusia 1.8 juta tahun. Pembentukan batu yang dihakis oleh air Sungai San Miguel, adalah antara yang tertua dan paling aneh di dunia
Selain itu, Mata Air Panas Mammoth di Yellowstone, Amerika Syarikat adalah mata air yang menyimpan karbonat yang paling besar. Ciri mata air itu yang paling popular, Minerva Terrace, adalah hasil ribuan tahun air panas yang turut kaya hasil kalsium karbonat.
No comments:
Post a Comment