Kerja Kursus Geografi PMR 2012
laman web berkaitan dengan perniagaan runcit
Perniagaan Runcit Berskala Kecil
Ciri-ciri perniagaan runcit kecil kecilan
Jenis - jenis perniagaan runcit
"Kita Tidak Mewarisi Bumi Kita Ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita"....Chief Seattle
Sunday, 4 March 2012
Tuesday, 15 November 2011
Wednesday, 25 May 2011
Info Geografi - Uniknya Ombak yang Menghempas Pantai
Ombak yang menghempas pantai dari segi geografinya akan membentuk bentuk muka bumi hakisan ombak dan pemendapan ombak. Mari kita layan bentuk bentuk ombak yang unik ini.
Monday, 23 May 2011
Info Geografi - Pelik Tetapi Benar
Pelik Tetapi Benar!...Inilah keajaiban kuasa Allah s.w.t. Diambil dari blog karangkraf. Lukisan Tuhan. Bentuk muka bumi fizikal yang menakjubkan.
Seolah-olah muka manusia
Pokok bertubuh manusia
Terbentuk akibat hakisan angin
Batu Berbentuk kepala ikan - kesan hakisan ombak
Batu berbentuk tapak kaki manusia
Hakisan angin terhadap batuan
Batu berbentuk mulut buaya
Seolah-olah gajah putih- namun bentuk muka bumi fizikal kesan hakisan ombak membentuk gerbang laut
Satu lagi gerbang laut berbentuk kepala binatang
Rumah api yang dibina di atas tebing tinggi...tebing tinggi berbentuk kepala burung helang kesan hakisan angin
Bukit berbentuk wajah manusia
Banjaran Gunung Berbentuk wajah manusia
Batu berbentuk kepala binatang
Banjaran Gunung seolah-olah orang tidur
Batu seperti Penyu
Pulau Berbentuk Buaya
Ais di kawasan Kutub berbentuk Itik
Staglaktit di dalam gua
Taufan
Batu berbentuk unta
Info Geografi - LUBUK BAHAYA - Pokok Gergasi, Landskap aneh, ekstrem, gas beracun
Dipetik daripada akhbar Berita Minggu - 22 Mei 2011 - Penulis Hazirah Che Sab
Terdapat beberapa tempat di dunia ini kerap dilabel atau diumpamakan sebagai neraka dunia kerana pelbagai sebab dan pastinya bukan tempat pilihan untuk dikunjungi ketika bercuti. Alasannya, selain membahayakan akibat faktor pelepasan gas beracun, kawasan ini juga dikaitkan dengan bahaya berikutan geografi serta rupa fizikalnya yang ekstrem dan cukup menggerunkan. tidak ketinggalan, bentuk muka buminya yagn pelik dan aneh dengan batuan serta tumbu-tumbuhannya bersaiz gergasi dan tidak menepati aspek geografi fizikal pada masa kini.
Namaskar Pass di Iceland, dikenali sebagai "Pintu Masuk Ke Neraka" mendapat gelaran itu kerana landskapnya yang aneh dan pelbagai. Jauh bertentangan dengan negara tempat letaknya yang sepatutnya sejuk, Namaskar Pass, pula dipenuhi kawah gunung berapi yang mendidih, air pancut panas, kolam lumpur malah pembentukan lahar.
Satu lagi Pintu ke Neraka terletak di pekan kecil DARVAS di Uzbeskistan. kisah mengenai tempat itu sudah tersebar 35 tahun lalu apabila pakar geoglogi mula menggali untuk mencari gas. Dalam proses itu emreka menemui gua bawah tanah yang cukup besar untuk memuatkan peralatan menggali. Namun tiada siapa berani memasukinya kerana dipenuhi gas.

Tidak kurang ngeri juga ialah Bisti Badlands, padang pasir tandus di New Mexico yang digambarkan seolah-olah memasuki pintu masuk ke satu dunia lain sebaik menjejakkan kaki ke situ. Hampir 70 juta tahun dulu, kawasan ini ialah hutan hujan tetapi hari tempat itu kekal sebagai kawasan perkuburan kepada haiwan prasejarah iaitu dinosour.
Satu lagi kawasan digelar 'neraka dunia' ialah Socotra. Sebagai pulau terbesar daripada empat pulau di Lautan Hindi, Socotra terletak kira-kira 240 kilometer ke Timur Afrika Timur. Kawasan ini merupakan pulau terpencil dan satu pertiga daripada tumbuhan di situ, termasuk pokok gergasi tidak akan ditemui di tempat lain. Socotra digambarkan sebagai tempat paling pelik di bumi.
Selain itu, Vale De Lua, Brazil dikenali sebagai Lembah Bulan di Taman Negara Chapadea de Veadeiros dan dikatakan sudah berusia 1.8 juta tahun. Pembentukan batu yang dihakis oleh air Sungai San Miguel, adalah antara yang tertua dan paling aneh di dunia
Selain itu, Mata Air Panas Mammoth di Yellowstone, Amerika Syarikat adalah mata air yang menyimpan karbonat yang paling besar. Ciri mata air itu yang paling popular, Minerva Terrace, adalah hasil ribuan tahun air panas yang turut kaya hasil kalsium karbonat.
Sunday, 22 May 2011
Info Geografi - Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Langat
Kejadian Tanah Runtuh dari segi GEOGRAFI - Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.
Tanah runtuh merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, Graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh.

Hari sabtu petang yang lalu iaitu pada 21 Mei 2011 telah berlaku satu kejadian tanah runtuh di Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Kejadian ini merupakan kejadian tanah runtuh akibat daripada struktur tanah yang lemah di bahagian cerun bukit.
Petikan daripada akhbar Mingguan Malaysia(22 Mei 2011)
Hulu Langat - Seramai 16 penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki. Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Grafik dari akhbar Mingguan Malaysia
Grafik dari akhbar Harian Metro
Grafik akhbar Berita Minggu
Subscribe to:
Posts (Atom)